LIVE dari Singapura ‘Siaran Langsung Taklimat Scorpene Oleh Peguam Perancis’

Posted on November 27, 2012

15


Tarikh:  27 November 2012 (Selasa)
Masa: 12.00 tghari
Lokasi: KLSCAH (Dewan Himpunan Cina KL/Selangor)

Pertanyaan: 010-2675872Telah yang dijangkakan, peguam dari Perancis akhirnya tidak diberi laluan untuk membuat taklimat mengenai isu Scorpene di Malaysia dan terpaksa memilih Hotel Changi Village, Singapura sebagai lokasi alternatif menyampaikan taklimat.
 
Seperti yang dijanjikan, SAMM menyediakan ruangan awam untuk siaran secara LIVE dari Singapura untuk sepanjang sesi taklimat peguam Perancis. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH jam 12tghari (27nov).
 
Satu sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.
 
ORANG RAMAI DAN SEMUA PENGAMAL MEDIA ADALAH DIJEMPUT HADIR
 
Mengapa Kerajaan Malaysia Takut Peguam Ini?
 
Apakah perkara/maklumat terbaru yang bakal disampaikan dalam taklimat peguam Perancis ini??
yang penting untuk diketahui:
1- siapa lelaki ke tiga
2 – apa peranan altanuya
3 – siapa dia aminah abdullah?
4 – siapa dapat passport malaysia?BAGAIMANA DUIT DIBAYAR
- syarikat siapa?
- alamatt di mana?
- siapa tuan yang ambuil duit?APA PERANAN NAJIB
- di mana mereka berjumpa?
- kenapa altantuya di bunuh?


SEMUA INI DALAM TANGAN PEGUAM PERANCHIS
- termasuk gambar najib dabn altantuya
- termasuk bil makan dlam restoran
- termasuk bil hotel 

Kenyataan awal SAMM adalah seperti di bawah;

Kenyataan Media
23 November 2012

SAMM Cabar Kerajaan Bagi Laluan Peguam ‘Scorpene’ Perancis Masuk Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada ahli parlimen di Parlimen Malaysia. Ahli parlimen juga tanpa mengira warna kepartian harus bersama mendengar taklimat yang akan disampaikan kerana perkembangan isu Scorpene sangat penting.

Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene. Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang telah diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan.

SAMM sekali lagi ingin menegaskan sekiranya tiada berlaku rasuah atau apa jua kesalahan serius maka tiada sebab untuk peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dihalang untuk masuk ke negara ini. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan takut sehingga peguam yang sama pernah diheret keluar dari negara ini pada 22 Julai tahun lalu?

SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia. Kerajaan juga digesa untuk memberi jawapan kebenaran lebih awal, boleh atau tidak boleh? Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan ‘tidak boleh’.

Untuk memastikan orang ramai mendapat first hand information SAMM akan menyediakan satu ruang awam untuk rakyat ikuti taklimat peguam Perancis di parlimen secara siaran langsung, akan dimaklum dalam sedikit masa. Selain itu, SAMM juga bercadang untuk membawa William Bourdon ke Jelajah Scorpene SAMM-Suaram siri ke-5 di Kuala Terengganu pada 30 November ini.

Kehangatan isu Scorpene berada di kemuncaknya apabila SAMM kini sedang dalam jelajah ke seluruh negara juga dikenali sebagai LeTourDeScorpene dan disambut hebat dalam 4 siri sebelumnya di empat buah negeri, menjadi bukti isu Scorpene adalah isu yang dekat dengan rakyat. Bersekutu dengan Suaram, Jelajah Scorpene kini menuju siri ke-lima di Kuala Terengganu sebelum beberapa siri lagi akan menyusul di Selangor dan Perak.Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
About these ads