Usul Khas untuk membincangkan tujuan sebenarnya agenda muqabalah diluar aturan tabii

Posted on July 28, 2008

9


Ahli-ahli Yang Berhormat,

Semalam, dalam menjalankan tugas saya selaku moderator Parlimen Rakyat, saya telah membawa kepada perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dewan ini maklumat yang diterima saya berkenaan tujuan sebenarnya wujudnya muqabalah antara UMNO dan PAS.

Pada pagi ini, saya telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Sheih aka Kickdefella untuk membentangkan satu usul khas dan seterusnya untuk membincangkan perkara ini kerana ianya adalah bersifat kepentingan awam dan membabitkan masa depan negara.

Dalam menjalankan budibicara saya, saya telah membenarkan permohonan tersebut dan sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sheih aka Kickdefella untuk membentangkan usul khas tersebut.

Yang Berhormat Sheih aka Kickdefella