Gunasegaran, death in custody No.1805 : Coroner’s verdict on 21st October, 2010

Posted on October 19, 2010

6


UPDATE : Have just been informed that the coroner is not yet ready with her verdict and will only deliver the same on Monday, 25th October, 2010.

Time and venue as earlier reported.

Please take note if you are minded to attend court for the same.

_________________________________________________

On 16th July, 2009, a few hours after Teoh Beng Hock’s body was discovered, Gunasegaran died in the Sentul police station.

That Beng Hock had gone to the MACC office in Shah Alam to assist in investigations and end up dead enraged the nation.

In contrast, Guna’s death almost passed unnoticed.

Without fanfare, a few in civil society set about to get at the truth as to the cause of Guna’s death.

One man merits special mention.

Counsel Visvanathan

Counsel Visva has near single-handedly seen the inquest through from start to end, although, when the legal team was first put together to look into getting at the truth as to the cause or causes of Guna’s death, there were at least 7 lawyers, as I recall, who had agreed to help on the team.

He alone moved the High Court to order the second post mortem and the holding of the inquest.

And he was on hand to make sure that the second post mortem was carried out.

The coroner is due to deliver her verdict this Thursday, 21st October, 2010.

Whatever that verdict is, some damning truth has already emerged in the course of the inquest proceedings as to the circumstances leading up to Guna’s death.

In this regard, then, death in custody No. 1805 marks a departure from earlier cases.

For this, we are indebted to Visva and the few others who have worked behind the scenes to get at the truth of the circumstances surrounding Guna’s death.

It is my hope that Visva will make time to document the handling of Guna’s case so that it might serve as guidance for future cases.

I will be in court on Thursday to hear the verdict of the court and I urge you to come and show solidarity with this worthwhile civil society endeavour to end our dreadful history of apathy in over 1,800 death in custody cases.

Mahkamah Majistret Jenayah No.7,

Level 2,

Kuala Lumpur Court Complex,

Jalan Duta.

Court is scheduled to start at 9am.

I leave you with a verbatim account of Visva’s closing submissions on 13th September.

_____________________________________

Kami dengan rendah diri menghujahkan bahawa kes kematian Gunasegaran a/l Raja Sundram ini tidak diambil serius mana-mana pihak dari masa terawal sehingga mayat simati dibedah siasat untuk kali kedua.

Anggota-angota polis yang menangkap Simati tidak memberikan sebarang pertolongan kecemasan kepada beliau. Malah salah seorang dari mereka telah menyebabkan kecederaan dan kematian simati mengikut beberapa saksi tangkapan yang tampil memberi keterangan di Mahkamah.

Percakapan saksi-saksi yang diambil pada masa tengah malam tanpa menghiraukan hak asasi saksi-saksi tersebut juga menimbulkan tandatanya. Saksi-saksi juga didorong atau dipaksa untuk memberi percakapan polis yang tidak benar. Yang menakjubkan lagi adalah anggota-anggota yang dikatakan bertanggungjawab keatas kematian simati kemudiannya menyiasat dan mengambil percakapan saksi-saksi. Laporan polis yang dibuat berkenaan tangkapan simati yang hanya dibuat anggota selepas balik dari hospital dan pengesahan doctor bahawa simati sudah meninggal dunia amat menakjubkan. Saksi-saksi polis yang datang ke Mahkamah juga berbohong serta memberi keterangan yang amat bercanggah di dalam banyak isu.

Laporan kematian simati tidak dibuat sehingga hari ini. Perkara yang menyalahi undang-undang ini juga tidak dapat disahkan sedemikian oleh Majistret (SI23) yang telah pergi untuk melihat mayat simati pada awal pagi 17.9.2009. Malah peruntukkan undang-undang dibawah Kanun Prosedur Jenayah serta Practice Direction No. 1 of 2007 juga tidak diendahkan oleh beliau.

Pegawai Penyiasat di dalam kes ini juga datang dari balai polis yang sama seperti anggota-anggota yang terlibat dengan penangkapan simati pada 16.7.2009.Proses siasatan juga boleh ditafsirkan sebagai “melepaskan batuk ditangga” tanpa sebarang initiative untuk melihat kebenaran dikeluarkan. Gambar-gambar bedah siasat yang amat tidak memuaskan yang kami hujahkan hanya bersifat untuk melindung kebenaran. Walau pun pegawai Penyiasat tahu akan kandungan surat-surat akuan yang dibuat saksi-saksi tetapi tidak ada usaha diambil untuk merakam percakapan saksi-saksi selepas itu.

Proses bedah siasat di dalam kes ini juga tidak memuaskan. Analisa yang dibuat tidak saintifik dan juga sekadar “melepaskan batuk ditangga”. Kecederaan yang sebesar 28cm x 8 cm x 5 cm dikatakan tidak dapat dilihat. Mayat simati yang dibiarkan reput sehingga tidak dapat digunakan untuk membuat bedah siasat kedua yang berguna bagi mencari punca kematian.Kami hujahkan bahawa seolah-olah seperti terdapat satu konspirasi diantara beberapa pihak di dalam kes ini yang seolah-olah tidak mahukan kebenaran berkenaan kematian Gunasegaran a/l Raja Sundram dikeluarkan.

Walau apa pun kami percaya bahawa Mahkamah yang Mulia ini dapat melihat keterangan nyata yang menembusi semua ini serta dapat merumuskan jawapan kepada soalan-soalan asal seperti berikut:-

a) Gunasegaran a/l Raja Sundram mati pada petang lebih kurang 5.30 petang 16.72009. Ini adalah berdasarkan laporan terawal yang diberikan pihak polis kepada SI 18 yang juga di masukkan di dalam laporan bedah siasat beliau. Ini akan menjadikan masa operasi di adakan pada petang itu pada pukul 15.00 (3petang) seperti yang di catit di dalam station diary lebih tepat dan betul.

b) Gunasegaran a/l Raja Sundram mati di Balai Polis Sentul dan secara khusus di pejabat Narkotik di Balai tersebut. Mangsa sudah dikatakan tidak bergerak dan bercakap di balai polis lagi. Saksi-saksi juga mengatakan mangsa sudah mati di balai polis. Fakta ini dikukuhkan apabila diambil kira keterangan doctor (SI5) bahawa mangsa dibawa mati ke hospital (brought in dead).

c) Gunasegaran a/l Raja Sundram mati akibat kecederaan yang dialami hasil dipukul/tendang Lans Koperal Faizal (SI8). Terdapat Kecederaan yang besar yang berukuran 28 cm x 8 cm x 5 cm hasil tendangan/pukulan terdapat di dada Gunasegaran a/l Raja Sundram. Kecederaan yang dialami Gunasegaran a/l Raja Sundram telah mempercepatkan ajalnya.Tiada sebab lain mengapa kecederaan ini berada diatas mayat Gunasegaran a/l Raja Sundram.

d) Gunasegaran a/l Raja Sundram mati kerana tidak diberikan apa-apa bantuan kecemasan semasa jatuh pengsan. Saksi-saksi telah memberikan keterangan bahawa mereka ada melihat mangsa ditendang dibahagian depan dada dan belakang oleh LKpl Faizal.

e) Lans Koperal Faizal bertanggungjawab secara jenayah berkenaan kematian simati kerana memukul dan menendang simati. Anggota-anggota polis yang lain juga bertanggungjawab secara jenayah kerana membiarkan L/Kpl Faizal memukul Gunasegaran a/l Raja Sundram tanpa menghiraukannya. Anggota-anggota lain juga bertanggungjawab kerana tidak memberikan apa-apa pertolongan kecemasan serta gagal memanggil apa-apa bantuan medikal untuk Gunasegaran a/l Raja Sundram pada tarikh 16.7.2009.

Posted in: Announcements