Jemputan ke Pelancaran Kempen BERSIH 2.0: “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”

Posted on September 26, 2011

2


Received this alert through the e-mail.

___________________________

BERSIH 2.0 ingin menjemput pihak tuan/puan ke Majlis Pelancaran kempen terbaru BERSIH 2.0 iaitu kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”.

Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai 8 tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) sebelum 8 tuntutan segera BERSIH 2.0 ditunaikan.

BERSIH 2.0 ingin menjemput 10 orang dari pihak tuan/puan ke majlis pelancaran kempen ini untuk memberi sokongan.

Butiran majlis pelancaran kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”:

Tarikh  : Jumaat, 30 September 2011

Masa    : 8.30pm

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Salam Bersih!

Jawatankuasa Pepandu

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)