‘Occupy Balok-Gebeng 24 Jam’ pada 23-24 Jun, 2012

Posted on June 16, 2012

2


ABU menegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pemerintahan Perdana Menteri Umno/BN yang pekak badak dan bodoh sombong di bawah telunjuk de-facto PM Tun Dr Mahathir ini pasti akan terus berdegil untuk meneruskan projek berbahaya ini demi keuntungan kapitalis dan kepentingan pemodal asing

Oleh itu, ABU menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati melakukan Asalkan Bukan Umno bagi mengelakkan malapetaka dan bencana bakal menimpa kita semua.

Untuk tujuan itu, ABU menyarankan dan merayu seluruh rakyat di seluruh pelosok Malaysia supaya datang beramai-ramai dan menyokong ‘OCCUPY BALOK-GEBENG 24-HOURS’ pada 23 Jun 2012 (bermula 12 tengahari) untuk membantah kilang nadir bumi di Gebeng yang terletak terlalu dekat dengan perumahan di sekitar Balok dan Kuantan.

Andai setelah 24 jam bantahan rakyat ‘Occupy Balok-Gebeng’ nanti masih tidak mampu menyedarkan pemerintahan Najib Razak, maka hanya kesanggupan dan pengorbanan lebih ramai warga Malaysia untuk sekali lagi melakukan ‘Occupy Gebeng – Lynas Balik Australia’ akan dapat memastikan projek Lynas dibatalkanPress Statement by the Asalkan Bukan UMNO initiative at the press confeerence to announce the forthcoming rally at Balok-Gebeng.

Harakah has the news report HERE.