Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) Membidas Keputusan Mahkamah Yang Menghukum Sdr Umar Mohd Azmi secara Berat Sebelah

Posted on December 21, 2012

5


many-colours-one-dream526049_511131725586938_1567474000_n

Kenyataan akhbar – 21/12/2012

_________________________

Mahkamah Majistret yang menghukum Sdr Umar Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM 1000 kerana dikatakan kononnya menghalang kerja-kerja pegawai DBKL mem’BERSIH’kan Occupy Dataran pada bulan April yang lalu.

Kami, GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar yang cuba menghalang tindakan intimidasi pihak DBKL yang menghalau para peserta occupy ini dan penahanan Sdr Mohd Fahmi

Rakan-rakan kami yang berada ketika itu jelas memberitahu tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan sokongan terhadap perjuangan Occupy, pemansuhan PTPTN  dan perhimpunan Bersih.

Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk berhimpun, bersuara, dan menuntut keadilan dan pembebasan. Hukuman ini jelas juga satu tamparan kepada kebebasan system kehakiman negara yang hanya mendengar cereka pihak berkuasa.

Kami, di GMPP akan tetap meneruskan sokongan kami terhadap kumpulan Occupy Dataran di samping meneruskan perjuangan untuk penghapusan PTPTN dan penuntutan pendidikan percuma di bumi kita.

Hidup Kuasa Anak Muda &Mahasiswa/i

Oleh

Karthiges
Kordinator
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
No Tel : 019-4625924