Mahathir, taubatlah sebelum terlambat

Posted on April 2, 2013

19


many-colours-one-dream

By Singa Terhormat

__________________

Mahathir, biarlah saya sebagai seorang biasa memberi sedikit nasihat kepadamu.

Treason

Masa untuk mu menghadapi Tuhanmu, Allah Ta’ala, dah tak lama lagi di mana mu akan disoal.

Di antara soalan awal yang mu akan di tanya adalah   berkenaan amanah dan tanggungjawab yang di berikan kepadamu oleh Allah Taala  untuk mentadbirkan negara ini selama 22 tahun.

Usiamu dah hampir 90 tahun.

Anggap lah bahawa usiamu yang panjang tu sebagai rahmat Allah Taala yang memberi peluang kepadamu untuk bertaubat kerana banyak kesilapan yang di lakukan olehmu dalam pentadbiran negara ni.

Rezeki datangnya daripada Allah Taala dan mu telah pun diberi amanah oleh Allah Taala sebagai pemimpin utama negara Malaysia untuk mentadbirkan negara ini dengan sebaik-baiknya tetapi dengan jelas mu telah pun gagal berbuat demikian.

Sebagai seorang manusia dan bukan malaikat memang mu mempunyai kekurangan dan kelemahan peribadi tetapi selagi mu ada nyawa, peluang untuk bertaubat masih ada.

Saya cukup hairan kerana walaupun usiamu dah hampir 90 tahun, tanda-tanda seseorang yang dah bertaubat tidak dilihat pada dirimu.

FORMER MALAYSIAN PRIME MINISTER MAHATIR ATTENDS CONFERENCE IN TOKYO.

Secara terbalik, apa yang dilihat adalah mu meneruskan dengan tindakan memfitnah dan membohongi rakyat negara ini.

Saya cukup khuatir  bagimu kerana melainkan mu bertaubat dengan secukup ikhlasnya, kemungkinan besar mu akan diletak di dalam neraka untuk selama-lamanya.

Tak perlulah saya senaraikan perbuatan-perbuatan mu yang telah menzalimi rakyat negara ini sebab perkara-perkara tersebut telah pun di ketahui oleh rakyat jelata.

Apa yang jelas adalah mu telah pun merosakkan negara ini dan menzalimi rakyatnya.

Ingatlah Al-Qur’an telah pun memberi amaran kepadamu saperti tercatit dalam Surah Al-Burooj ayat 10 yang berbunyi:

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).”