HARI BANGSA MALAYSIA : SELAMATKAN DEMOKRASI!

Posted on May 11, 2013

25


many-colours-one-dream923089_576322912401152_1069880995_nTarikh: 13 May (Isnin)
Masa: 8 – 12 mlm
Venue: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH 
(Dekat Stadium Merdeka / Stesen Monorail Maharajalela)

Antara pemidato yang bakal menghiasi pentas adalah termasuk;

Pak Samad (Sasterawan Rakyat)
YB Tian Chua (Naib Presiden PKR)
YB Sivarasa Rasiah
Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat)
Haris Ibrahim (Penggerak ABU)
Maria Chin Abdullah (BERSIH)
Safwan Anang (Presiden SMM)
KS Bawani (Mahasiswa) -belum confirm
Farel (Mahasiswa SAMM)

Hos: che’GuBard 

Pentas sempena tarikh 13 May yang diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia, bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505! Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan ‘pecah-perintah’ legasi penjajah tetap diteruskan demi untuk mengekalkan kuasa. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak.

Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi.
Justeru, Pidato Perdana sempena tanggal 13 May Hari Bangsa Malaysia bertajuk “Selamatkan Demokrasi” adalah bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni di atas nama kononnya 1Malaysia.

Beberapa lagi pemidato belum mengesahkan kehadiran, akan diumum dari semasa ke semasa…

Masuk adalah percuma, disaran hadirin mengenakan baju hitam (atau apa jua simbol hitam) bagi meneruskan mode perlawanan #Black505.