Surat terbuka kepada perwakilan UMNO

Posted on October 10, 2013

12


many-colours-one-dream

 

Oleh Malabar Munshi( dari Gerai Anjung PWTC)

_____________________________________________- 

Wahai Pejuang dan Pewira kaum Melayu,

Perhatian saudara saudari ditarik kepada angka angka berikut mengenai kaum kita.

Harap teliti denga mendalam sebelum buang undi menjelang 19 Oktober ini!

 

PROFAIL KAUM MELAYU, TAHUN 2012

Jumlah Penduduk

15,000,000  [15 juta]

 

Jumlah Isi Rumah

3,400,000    [3.4 juta]

 

Purata Pendapatan Isi Rumah Bulanan

RM 4,457

 

Purata Pendapatan Isi Rumah 20% Tertinggi

RM 10,670

680,000  isi rumah

Purata Pendapatan Isi Rumah 40% Pertengahan

RM 4,123

1, 320,000  isi rumah

Purata Pendapatan Isi Rumah 40% Terendah

RM 1,686

1,400,000  isi rumah

Syer Pendapatan Isi Rumah 20% Tertinggi

48.0%

 

Syer Pendapatan Isi Rumah 40% Terendah

15.0%

 

 

Wahai pembela kaum Melayu ……

Kenapakah selepas 43 tahun DEB, 56 tahun Kerajaan UMNO kaum Melayu masih mengalami jurang perbezaan pendapatan?

 

Adakah munasabah Hamba Allah sesebuah isi rumah Terendah mengalami penderitaan seharian dengan pendapatan 55 ringgit sehari, walhal perwakilan membazirkan amaun yang sama di Starbucks dan PWTC semasa memancing undi!

 

Tahukah sauadara saudari bahawa angka tersebut cuma menunjukkan pendapatan isi rumah dan bukan kekayaan!

 

Satu kajian universiti tempatan menganggarkan bahawa Hak Milik Modal Saham kaum Melayu yang bernilai RM 150 bilion (2010) dimiliki oleh 50,000 keluarga sahaja! Iaitu 1.5% keluarga dari jumlah 3.4 juta isi rumah Melayu!

Jelas bahawa keluarga yang sama telah menikmati RM 52 bilion sejak tahun 1970 melalui saham istimewa seperti diumumkan oleh Presiden baru baru ini!

 

Siapakah yang harus menjawab – Mahathir? Daim? Paklah? Najib? atau Albukhari!

 

Wahai Pewira janganlah bertanggong dosa bersubahat dengan pemimpin zalim yang menderhaka kaum kita!

Janganlah terpedaya dengan tipu-helah kononya pemimpin berjiwa bangsa untuk salahkan kaum lain! Perhatikanlah caramana pemimpin ini sendiri bersubahat dgn kroni kroni semua kaum untuk mendapat kekayaan bagi keluarganya!

 

Wahai Perwakilan yang dihormati….

Alangkah menjelang tahun 2020 jurang perbezaan pendapatan dan kekayaan masih terdapat?

Siapakah akan dipersalahkan?

Siapakah yang akan bertanggongjawab?

 

Membaca, renung dan fikirlah semasak masak sebelum buang undi.

Janganlah ikut rentak pemimpin yang selama ini telah menderhaka kaum kita!

Kami berdoa Perwakilan akan membuat keputusan bijaksana…

Demi Bangsa, Agama dan Negara.