Utusan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia yang masih berkhidmat : undi Pakatan Harapan

Posted on May 2, 2018

8


many-colours-one-dreamIMG-20180421-WA0051

SAYA, Mej Hj Mior Rosli TUDM Bersara, MENGAJAK SEMUA ANGGOTA ATM (termasuk isteri/suami) YANG AKAN MEMBUAT UNDI AWAL/POS PADA 5HB MEI 2018 INI UNTUK MEMILIH PAKATAN HARAPAN SEBAGAI KERAJAAN BARU BAGI MALAYSIA.

Mior

Saya harap semua anggota Tentera (termasuk isteri Dan suami) akan keluar mengundi awal/pos pada 5 Mei 2018 tanpa gagal. Saya merayu semua Anggota Tentera Malaysia jangan Rasa takut untuk menolak BARISAN NASIONAL dan pilih PAKATAN HARAPAN.

Saya ingin memberi tahu kepada semua.

Saudara2 dan saudari2 sekalian, saya sebagai seorang Veteran yang telah berkhidmat dari awal 70an telah melalui perbagai pengalaman di dalam ATM. Selama saya dalam perkhidmatan, saya dapati kerajaan BN telah merusakkan ATM ini. Bermula dari tindakan Tun Abdul Razak untuk mengecilkan gaji ATM setaraf dengan pejawat awam..hinggalah kini Di bawah DS Najib menurunkan taraf ATM dari tangga ke atas ( menurut Perkara 132 perlembagaan persekutuan) ke taraf sama dengan PDRM (Di tangga ke empat). Banyak rasuah yang di lakukan oleh pemimpin2 BN dalam pembelian persenjataan hinggakan banyak persenjataan yang di beli tidak berfungsi sepatutnya.

Kemudahan dan kebajikan yang di beri kepada anggota Tentera sekarang tidak lagi sama seperti yang pernah kami dapat sebelum tahun 80an dulu.

Baru2 ini Tan Sri Rafidah Aziz, mantan ahli Kabinet, telah mendedahkan bahawa DS Najib telah memohon dari Pedana Menteri Abdullah Badawi untuk swastakan 40 hektar tanah KEMENTAH/ATM kepada syarikat kroninya selama 40 tahun. Yang kita sudah tahu dua buah KEM yang besar telah pun di jual kepada syarikat Republic Rakyat China; ia itu KEM Majidee di Johor Bahru dan pengkalan udara TUDM di KL. Yang kita tidak tahu (tanah kosong/hutan untuk latihan Tentera) mungkin banyak lagi. Tapi kita juga ada dengar yang TUDM Ipoh dan TUDM Butterworth juga akan di jual.

Saudara2 dan saudari2 sekalian, menurut perlembagaan persekutuan, ATM bertanggongjawab kepada Yang Di Pertuan Agong dan Baginda adalah Panglima tertinggi Angkatan Tentera, bukan Najib, bukan Hishammudin dan bukan ahli politik. Setiap pangkat dan jawatan didalam ATM adalah dengan tauliah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tetapi di bawah pemerintahan kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak, mereka memberi pangkat tentera kepada sesiapa saja mereka suka, memakai seragam tentera sesuka hati mereka.

Mereka memerintah dan megenepikan panglima2 ATM dalam insiden Lahad Datu, MH 370, sesuka hati menghantar tentera kita ke Arab Saudi tanpa melibatkan PBB, cuba meyamakan kerja2 RELA dengan ATM di sempadan, jadikan ahli2 politik sebagai Askar Wataniah Dan macam2 lagi. Jika kerajaan BN ini di biarkan terus memerintah Negara ini, saya percaya ATM akan terus lemah dari tahun ke tahun.

Saudara2 dan saudari2 rakan seperjuangan sekalian, saya sangat perihatin dalam hal ini dan saya telah berjumpa dengan pembuat manifesto Pakatan Harapan dan meminta mereka membuat pindaan pada manifesto yang asal dan memasukkan janji2 baru yang saya fikir Pakatan Harapan mampu melakukannya tanpa memberi janji2 yang kosong seperti yang Di buat oleh Barisan Nasional. Kita perlu ubah demi keselamatan dan pertahanan tanah tumpah darah kita supaya ianya tidak mudah di jajah oleh negara asing samaada dari segi ekonomi mahupun dari segi kententeraan.

Berikut adalah janji2 Pakatan Harapan jika Pakatan Harapan dapat memerintah negara ini. Saya percaya 70% janji2 ini akan dapat di laksanankan dalam satu ke dua tahun pemerintahan PH, InsyaAllah.

Pertama

Pakatan Harapan akan memastikan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA menjadi sebuah angkatan tentera yang dihormati dan disegani, yang sentiasa bersiap sedia dan berkemampuan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dari segala ancaman luar dan dalam sempadan darat, laut dan udara dengan anggota mahir dan dengan peralatan dan persenjataan yang canggih dan terkini di dunia mengikut kemampuan negara.

Kedua

Pakatan Harapan akan memastikan bahawa setiap anggota tentera akan di beri latihan yang terbaik dari segi keimanan, kemahiran teknologi dan perang bagi melaksanakan tugas dengan penuh taat setia kepada Tuhan, Raja dan Negara menurut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada dan apa-apa undang-undang yang akan di kuat kuasakan dari masa kesemasa.

Ketiga

Pakatan Harapan akan memastikan supaya Angkatan Tentera Malaysia  menjadi satu pasukan yang bersikap ‘apolitical’ dan ‘non-partisan’ dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik melainkan menurut undang-undang yang ditetapkan.

Keempat

Pakatan Harapan akan memastikan Angkatan Tentera Malaysia di kembalikan kedudukannya seperti mana yang sedia termaktub di dalam Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan (Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Panglima tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan), Perkara 132 perlembagaan persekutuan ( Angkatan Tentera adalah perkhidmatan awam yang terkanan di malaysia), Perkara 137 ( Majlis Angkatan Tentera bertanggonjawab kepada YDPA atas semua perkara2 Pemerintahan, Pentadbiran dan Disiplin ATM kecuali dalam hal pengunaan Operasi) dan apa-apa jua hak dan kuasa ATM yang terkandung di dalam Akta Angkatan Tentera 1972, yang selama ini telah diabaikan atau di ketepikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kelima

Pakatan Harapan juga akan memastikan dan memperakui bahawa skim perkhidmatan Angkatan Tentera adalah berbeza dan tidak boleh di harmonikan dengan skim Perkhidmatan Am Awam dan akan memisahkan diantara  Markas-Markas Formasi ATM dengan Kementerian Pertahanan supaya ATM boleh berfungsi secara mutlak mengikut kehendak Parlimen dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong.

Perubahan2 ini perlu dilakukan segera terhadap ATM dan dengan masa yang sama, kebajikan ATM Dan keluarga ATM akan di ambil perhatian dengan penuh tanggongjawab. Setelah janji2 ini terlaksana,  kerajaan PH akan terus memperkasakan ATM dengan memberi beberapa autonomi  dari sudut pemerintahan, pentadbiran dan disiplin melalui kelulusan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Panglima tertinggi Angkatan Tentera.

Saya juga akan merayu kepada 300 ribu Veteran dan keluarga mereka menurut manifesto yang terkini supaya menyokong Pakatan Harapan untuk selamatkan Malaysia dari pemimpin2 kleptokrasi BN dan masa yang sama menghuraikan janji2 PH bagi Veteran dimana saudara2 dan saudari2 juga akan menjadi Veteran satu hari  nanti.

UNDILAH PAKATAN HARAPAN. JANGAN TAKUT, KERANA  UNDI SAUDARA DAN SAUDARI ADALAH RAHSIA. MARILAH KITA SAMA SAMA MENUNAIKAN KEWAJIPAN KITA UNTUK SELAMATKAN TANAH TUMPAH DARAH KITA DARI DIJAJAH DAN DI ROMPAK OLEH PEMIMPIN KLEPTOKRASI.

Wassalam dari saya,

Mej Hj Mior Rosli TUDM Bersara

JSD, MSc HRD, LLM, LLB, Pub Adm/Pol SC

(Green Beret MSWTC, Green Beret USSF, Blue Beret PASKAU, Intl Crisis Mgt US, FFI)

IMG-20180421-WA0051

Posted in: Uncategorized