Salam, pengundi-pengundi Bentong

Posted on May 1, 2018

0


many-colours-one-dream1MDB-ScandalMasa untuk rakyat buang undi untuk menentukan masa depan negara dan anak-anak kita sudahpun sampai.

Pada 29hb April, 2018, saya telah berpeluang untuk berceramah dan bermesra dengan pengundi di kawasan Parlimen Segambut. Malam semalam pula, saya telah berceramah di kawasan Parlimen Kelang.

Saya telah bertanya soalan yang sama kepada pengundi-pengundi Segambut dan Kelang, di mana jawapan yang dipohon hanya antara dua pilihan : “Betul” atau “Tipu”.

Soalan saya : Percaya atau tidak RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib adalah derma ikhlas daripada raja Saudi Arabia?

Jawapan sebulat suara di Segambut dan Kelang : “Tipu”

Kini, saya tujukan soalan yang sama kepada kawan-kawan saya di Bentong : Percaya atau tidak RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib adalah derma ikhlas daripada raja Saudi Arabia?

Kali ini, rebutan untuk kerusi Parlimen Bentong melibatkan pertandingan tiga penjuru.

Pertama, Liow Tiong Lai, presiden MCA dan bekas menteri kerajaan pimpinan Najib yang mansuh sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Kedua, Wong Tack, calon Pakatan Harapan.

Akhir sekali, N. Balasubramaniam mewakili Gagasan Sejahtera.

Saya ingin mencadangkan di sini satu soalan untuk ditujukan kepada ketiga2 calon apabila mereka mengadakan sessi jalan-jalan sembang mesra dengan masyarakat di Bentong, dan dua soalan tambahan khusus untuk Liow, untuk membolehkan kawan-kawan saya membuat penilaian calon mana yang layak mewakili Bentong di Parlimen kelak.

Soalan tunggal untuk kesemua calon : Percaya atau tidak RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib adalah derma ikhlas daripada raja Saudi Arabia?

Jika jawapan mana-mana calon bertentangan dengan jawapan anda, buatlah kesimpulan yang wajar dan yang patut.

Soalan kedua untuk Liow : selaku menteri dalam kabinet Najib, Liow semestinya kerap menghadiri mesyuarat kabinet pada setiap Rabu. Pernahkah Liow bangkitkan isu hal jumlah RM2.6 bilion itu dengan Najib ketika kabinet bermesyuarat? 

Soalan ketiga untuk Liow : selaku wakil rakyat Bentong, pernahkah beliau bangkitkan isu RM2.6 bilion itu dalam dan semasa Parlimen sedang bersidang?

IMG-20180421-WA0051