SURAT TERBUKA KEPADA PEMUDA PEMUDI MALAYSIA

Posted on July 14, 2021

0


Jayanath Appudurai

Surat ini diajukan kepada Warga Malaysia berusia 20 hingga 40 tahun.

Terlebih dahulu saya mohon maaf secara ikhlas.

Generasi saya telah gagal mencapai aspirasi membentuk satu masyarakat bersepadu, demokratik, adil, liberal dan progresif yang termaktub dalam Rukunegara.

Kami gagal menunaikan komitmen.

Kami gagal membendung kemerostan masyarakat kita walaupun terdapat tanda tanda nyata.

Kami tersilap menaruh kepercayaan kepada golongan politik yang memerintah!

Dan apabila sebilangan kami  bertaubat dan melancarkan initisiatif untuk memulih usaha, kami tidak berkesan atau terlalu lewat.

Saya minta maaf.

Kini golongan anda sejumlah 9.8 juta merangkumi 50.1% penduduk dewasa.

Berdasarkan purata jangka hayat anda dijangka hidup di antara 35 hingga 55 tahun lagi.

Masa depan anda adalah di tangan anda sendiri.

Jangan biarkan golongan politik kini menentukan masa depan anda.

Mereka telah gagal secara besar besaran!

Mereka telah membuatkan Rakyat sebagai peminta sedekah!

Politik kita adalah berasaskan personaliti, bukan prinsip!

Mengetepikan budaya politik berasaskan personaliti yang telah menghalang kemajuan masyarakat kita.

Fikir dan gubal ide anda berdasarkan lunas lunas tadbir urus yang baik.

Golongan anda mempunyai kekuatan demografi dan kemahiran teknologi demi membina satu gabungan yang hebat untuk Negara.

Kini terdapat beberapa kumpulan pemuda pemudi yang mulakan inisiatif baru bagi melangkah ke hadapan. Sertai dan sumbanglah ide ide dan daya kepada kumpulan sedemikian.

Kajisemula kepercayaan dan persepsi sosial anda yang kian lama dianggap sebagai kebenaran!

Gunakan kekuatan anda bagi membina satu masa depan untuk semua Rakyat tanpa mengira identiti.

Lindungi Rakyat yang miskin dan terpinggir dengan penuh hormat dan bermaruah.

Majoriti Warga kita saling hormat menghormati satu sama lain, ramah dan berbudi.

Mereka sentiasa berusaha untuk mengukuhkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan komuniti tempatan.

Rakyat akan respon secara positif terhadap usaha murni orang yang dipercayai beramanah.

Ambillah langkah bagi membina satu Negara gemilang yang kami idamkan tetapi tidak cukup berusaha untuk mencapai.

Usahalah demi membangunkan satu Negara aman dan berharmoni yang bakal disanjung tinggi oleh seluruh dunia.

Kami serahkan takdir Tanah Air ke dalam tangan anda.

Semoga ‘kekuatan alam semesta’ bersama Anda.